Tuesday, November 23, 2010

Perangai Segelintir Orang Malaysia...

Pernah tak anda berurusan dengan orang awam di sesebuah jabatan / department / unit? Mesti pernah kan.. Paling tidak pun, berurusan pembayaran bil2, dan sebagainya. Hari ini saya nak kupas perihal perangai orang Malaysia yg bekerja especially yg deal dengan customer ni. Maaf jika ada yang terasa.. Tapi perangai2 ini hanya untuk segelintir orang kita sahaja.. bukan semua.

Perkara ini terjadi kepada saya sendiri. Saya deal dengan sebuah institusi bernama A. Yang layan saya adalah seorang makcik kerani - umur lebih kurang dlm 30-an. Saya tanya kepada makcik ni soalan yg amat mudah.. jawapannya adalah antara YA atau TIDAK. Pada mulanya, jawapannya concrete... YA.. pastu disusuli dengan explanation2 yg panjang lebar.. yang tak tahan tu, nada suara dlm keadaan marah. Nasib baik perbualan ni dlm telefon. Kalau face-to-face, tak tahu lah macam mana ekspresi muka dia.

Bila saya fikir balik, kenapa la nak marah?? Mungkin makcik ni banyak kerja kot.. so tension. Tapi, tak perlu lah nak marah2. Satu sahaja yg saya nak beritahu di sini..

Jika ada sesiapa di antara kita yg deal dgn customer / org luar / public, deal lah dgn cara yg berhemah... sopan santun.. tak perlu lah nak tinggikan suara dlm apa keadaan sekalipun.. kecuali jika keadaan memaksa berbuat deminikian. Jika ada satu hati yg terguris disebabkan dengan kemarahan kita, berdosa hukumnya.. Kena mintak maaf balik pd org yg dimarahi.. Tapi pada yg selalu kena marah (tak bersebab), biarlah org tu nk tinggikan suara. Serahkan sahaja lah hal tu kepada Allah. Malas lah nak layan org yg beremosi tak tentu pasal ni..

No comments:

Post a Comment