Tuesday, November 23, 2010

Perangai Segelintir Orang Malaysia...

Pernah tak anda berurusan dengan orang awam di sesebuah jabatan / department / unit? Mesti pernah kan.. Paling tidak pun, berurusan pembayaran bil2, dan sebagainya. Hari ini saya nak kupas perihal perangai orang Malaysia yg bekerja especially yg deal dengan customer ni. Maaf jika ada yang terasa.. Tapi perangai2 ini hanya untuk segelintir orang kita sahaja.. bukan semua.

Perkara ini terjadi kepada saya sendiri. Saya deal dengan sebuah institusi bernama A. Yang layan saya adalah seorang makcik kerani - umur lebih kurang dlm 30-an. Saya tanya kepada makcik ni soalan yg amat mudah.. jawapannya adalah antara YA atau TIDAK. Pada mulanya, jawapannya concrete... YA.. pastu disusuli dengan explanation2 yg panjang lebar.. yang tak tahan tu, nada suara dlm keadaan marah. Nasib baik perbualan ni dlm telefon. Kalau face-to-face, tak tahu lah macam mana ekspresi muka dia.

Bila saya fikir balik, kenapa la nak marah?? Mungkin makcik ni banyak kerja kot.. so tension. Tapi, tak perlu lah nak marah2. Satu sahaja yg saya nak beritahu di sini..

Jika ada sesiapa di antara kita yg deal dgn customer / org luar / public, deal lah dgn cara yg berhemah... sopan santun.. tak perlu lah nak tinggikan suara dlm apa keadaan sekalipun.. kecuali jika keadaan memaksa berbuat deminikian. Jika ada satu hati yg terguris disebabkan dengan kemarahan kita, berdosa hukumnya.. Kena mintak maaf balik pd org yg dimarahi.. Tapi pada yg selalu kena marah (tak bersebab), biarlah org tu nk tinggikan suara. Serahkan sahaja lah hal tu kepada Allah. Malas lah nak layan org yg beremosi tak tentu pasal ni..

Tuesday, November 2, 2010

Azab Allah

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan bencana alam yg menimpa negara jiran kita, Indonesia. 3 sekaligus. Gempa bumi, tsunami dan letupan gunung berapi. Hari ini pula, kawasan utara Malaysia mengalami banjir, sehingga konvokesyen untuk UUM terpaksa ditunda. Berbalik kepada hal di Indonesia, saya tertarik dengan satu artikel yg dibaca di akhbar. Majoriti telah mengetahui bahawa Indonesia adalah laluan api. Jadi, tak hairan untuk mendengar banyak bencana alam menimpa negara jiran tersebut. Tapi, hari ini, saya mendapat satu email berkenaan dengan bencana alam ini. Agak menarik.. dan apabila direnungkan sejenak, itu semua adalah azab dan peringatan yg diturunkan Allah.

Berikut adalah email yg saya dapat..

Bencana Tahun 1500-2010:
 

26 Jan 1531 gempa bumi di Lisbon, Portugal, 30.000 orang tewas

26 Jan 1700 gempa di Laut Pasifik, dari Vancouver Island, Southwest Canada off British Columbia hingga Northern California, Pacific Northwest,USA. Dikenal sebagai megathrust earthquake.

26 Jul 1805 gempa bumi di Naples, Calabria, Italy, 26.000 orang tewas

26 Agt 1883 Gunung Krakatau meletus, 36.000 orang diperkirakan tewas

26 Des 1861 gempa bumi di Egion, Yunani

26 Mar 1872 gempa bumi di Owens Valley, USA

26 Agt 1896 gempa bumi di Skeid, Land, Islandia

26 Nop 1902 gempa bumi di Bohemia, sekarang Czech Republic

26 Nop 1930 gempa bumi di Izu

26 Sep 1932 gempa bumi di Ierissos, Yunani

26 Des 1932 gempa bumi di Kansu, Cina, 70.000 orang tewas

26 Okt 1935 gempa bumi di Colombia

26 Des 1939 gempa bumi di Erzincan, Turki, 41.000 orang tewas

26 Nov 1943 gempa di Tosya Ladik, Turki

26 Des 1949 gempa bumi di Imaichi, Jepang

26 Mei 1957 gempa di Bolu Abant, Turki

26 Mar 1963, gempa bumi di Wakasa Bay, Jepang

26 Jul 1963 gempa bumi di Skopje, Yugoslavia, 1.000 orang tewas

26 Mei 1964 gempa bumi di S. Sandwich Island

26 Jul 1967 gempa bumi di Pulumur, Turki

26 Sep 1970 gempa bumi di Bahia Solano, Colombia

26 Jul 1971 gempa bumi di Solomon Island

26 Apr 1972 gempa bumi di Ezine, Turki

26 Mei 1975 gempa bumi di N. Atlantic

26 Mar 1977 gempa bumi di Palu, Turki

26 Des 1979 gempa bumi di Carlisle, Inggris

26 Apr 1981 gempa bumi di Westmorland, USA

26 Mei 1983 gempa bumi di Nihonkai, Chubu, Jepang

26 Jan 1985 gempa bumi di Mendoza, Argentina

26 Jan 1986 gempa bumi di Tres Pinos, USA

26 Apr 1992 gempa bumi di Cape Mendocino, California, USA

26 Okt 1997 gempa bumi di Italia
26 Dis 2004 tsunami di Acheh
25 Mei 2006 gempa bumi di Jogja
26 Jun 2010 tasik gempa
26 Okt 2010 tsunami di Mentawai
26 Okt 2010 gunung merapi meletus

Apakah persamaan semua bencana di atas?? Semuanya terjadi pada 26 haribulan. Kenapa ye?? Cuba buka al-Quran, surah ke 26 -- surah asy-syu'ara'. Surah apa ni?? Cuba baca.. seluruh surah ini adalah berkenaan dengan azab Allah yang diturunkan kepada umat-umat terdahulu.

Biar saya kupas sedikit apa yg terkandung dalam surah tersebut... 

1. Kisah berkenaan dengan Nabi Musa, bani Israel dan Firaun. Bagaimana Allah menghapuskan Firaun setelah dia ingkar akan perintahNya, dan menyelamatkan pengikut nabi Musa a.s yg setia dengan ajarannya. "Dan kami selamatkan Musa dan orang orang yang bersamanya. Kemudian kami tenggelamkan golongan yang lain. Sungguh pada yang demikian itu, terdapat suatu tanda kekuasaan Allah, tetapi kebanyakan mereka tidak beriman." (Asy-Syu'ara' ayat 65 - 67)

2. Kisah berkenaan dengan kaum Nabi Ibrahim, yang tidak mahu menyembah Allah. Tetap dengan berhala-berhala mereka.  "Dan neraka jahim diperlihatkan dengan jelas kepada orang yang sesat. Dan dikatakan kepada mereka, dimana berhala-berhala yang kamu sembah? selain Allah? Dapatkah mereka menolong kamu atau menolong diri mereka sendiri? Maka  mereka sesembahan itu dijungkirkan ke dalam neraka bersama orang-orang yang sesat." (Asy-Syu'ara' ayat 91 - 94)

3. Kisah berkenaan dengan azab yang ditimpakan kepada kaum Nabi Nuh a.s. "Kemudian Kami menyelamatkan Nuh dan orang orang yang bersamanya di dalam kapal yang penuh muatan. Kemudian setelah itu, Kami tenggelamkan orang-orang yang tinggal." (Asy-Syu'ara' ayat 119 - 120)

4. Kisah berkenaan dengan kaum 'Ad yang diberi nikmat kekayaan dunia, tapi kufur akan perintah Allah dan rasulNya ketika itu, Nabi Hud.Dan banyak lagi kisah-kisah berkenaan dengan azab Allah... kepada kaum Tsamud, kaum Luth, kaum Nabi Saleh, kaum Nabi Syuaib, etc..

Subhanallah... semuanya sudah tertulis.. semuanya sudah diperlihatkan kepada kita.. Tidakkah kita terfikir dengan apa yg terjadi depan mata kita sendiri?? Cuba ingat kisah tsunami di Acheh pada tahun 2004 dulu.. Habis semuanya musnah.. Apa yang tinggal?? Sebuah masjid tersergam indah.. macam tak de apa2 yg berlaku. Yang lain, semuanya ranap, hancur, tenggelam dibawa arus. Berapa ramai yg meninggal dunia? Jika dikira, boleh dianggap seperti sebuah kaum.. Sama seperti bagaimana yang terjadi kepada kaum-kaum yg terdahulu yg dihapuskan oleh Allah. Yang ingkar dihapuskan sama sekali. Yang setia dengan ajaranNya, diberi nikmat kehidupan untuk menyesali apa yg berlaku... Wallahua'lam.

Sedarlah... Insaflah... sebelum masih belum terlambat.
 

Sunday, October 24, 2010

Tanda-Tanda Kecil Kiamat

Saya yakin ramai rakyat Malaysia yang telah menonton filem 2012. Pada yang belum berkesempatan untuk tonton movie ni, bolehlah mengadap channel HBO pada hari ahad ini, jam 9 malam (kalau tak silap la)... Apa-apa pun, filem tu ada kaitan tentang hari kiamat.

Jika dilihat dari perspektif Islam, ada banyak hadith berkenaan dgn hari kiamat ini. Secara amnya, kebanyakan hadith2 tersebut mengatakan tentang tanda2 kiamat. Antaran tanda2 kecil:
  1. Baitulmaqdis ditakluk - sudah terjadi. Yahudi Zionis menakluk Baitulmaqdis di Palestin.
  2. Zina berleluasa - sudah terjadi. Berapa byk kes buang bayi di negara ini? Kenapa ia terjadi? Semestinya kerana zina.
  3. Pemimpin terdiri dari org yg jahil dan fasik - sudah terjadi. Lihat sendiri di Malaysia. Pemimpin2 yg beragama Islam bersalam-salaman dgn yg bukan muhrim, menghalalkan yg haram, dan sebagainya. Pemimpin yg benar2 mengamalkan ajaran Islam tidak diterima.. kononnya berfikiran kolot.
  4. Muzik dan penyanyi wanita bermaharajalela -  sudah terjadi. Cuba kira berapa ramai penyanyi wanita di Malaysia ni? Terlalu banyak. Cuba lihat trend siaran tv. Siaran yg bermotifkan nyanyian terlalu banyak (AF, Idola Kecil, Malaysian Idol, etc). 
  5. Masjid didirikan untuk bermegah2 - sudah terjadi. Lihat masjid2 yg ada di Malaysia, terutamanya yg baru sahaja dibina. Kos binaan berjuta-juta. Jarak dari masjid yg sedia ada dgn masjid yg baru dibina agak dekat. Kenapa nak bina lagi? Untuk bermegah2.. Berapa ramai org yg mengimarahkan masjid2 tersebut??
  6. Memutuskan hubungan silaturrahim - sudah terjadi. Sekarang ni, banyak kes dimana anak menyaman bapa / ibu sendiri... suami menyaman isteri sendiri... hubungan silaturrahim pun terputus akibat dendam, kesumat, etc.
  7. Ramai org soleh meninggal dunia - sudah terjadi. Ramai alim ulama' tersohor sudah pun pergi meninggalkan kita.
  8. Dunia dikuasai oleh org yg bodoh dan hina - sudah terjadi.
  9. Ucapan salam hanya untuk org yg dikenali sahaja - sudah terjadi. Adakah kita memberi salam kpd org yg tak dikenali? Tanyalah diri..
  10. Wanita berpakaian, tetapi seperti telanjang - sudah terjadi. Pakaian ketat, terbelah sana sini.. Macam tak cukup kain.
  11. Bulan sabit nampak besar - sudah terjadi. Sesekali, cuba anda lihat bulan sabit...
  12. Banyak berita2 yg dusta dan tidak tepat - sudah terjadi. Amat banyak sekali berlaku di arena politik Malaysia.
  13. Banyak saksi palsu - sudah terjadi. Kes2 besar di Malaysia, disyaki banyak menggunakan saksi palsu untuk menutup kesalahan segelintir manusia.
  14. Ramai org yg berbohong - sudah terjadi.
  15. Waktu terasa berjalan dgn amat pantas - sudah terjadi.
  16. Trend mewarna rambut berleluasa - sudah terjadi.
  17. Rasuah berleluasa - sudah terjadi.
  18. Hubungan dgn org yg rapat diputuskan, dan hubungan dgn org yg tak dikenali dirapatkan - sudah terjadi. Banyak kes di mana seseorang lari ke negara jiran untuk berkahwin dgn org yg tak berapa dikenali. Org yg rapat ditinggalkan tanpa sebarang berita.
  19. Homoseksual - sudah terjadi.
  20. Lahirnya anak luar nikah - sudah terjadi.
  21. Zakat dijadikan hutang - sudah terjadi. Brp ramai org Malaysia yang tidak membayar zakat? Terlalu ramai.
  22. Suara2 tinggi di masjid - sudah terjadi.
  23. Arak diminum seperti minuman biasa - sudah terjadi. Pergilah ke kelab2 malam, pub, etc. Belambak2 arak yg diminum oleh org Islam sendiri.
  24. Lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu, tetapi kerana kemerduan suara - sudah terjadi.
  25. Jawatan dijual beli (politik wang) - sudah terjadi. Cuba teliti waktu2 pilihanraya.. banyak sungguh kes sebegini akan berlaku.
  26. Umat Islam hidup dlm kemewahan dan kemanjaan - sudah terjadi. Ramai umat Islam yg kaya raya, sehingga lupa asal usul diri.
  27. Gempa bumi - sudah terjadi. Terlalu byk gempa bumi berlaku di serata dunia.
  28. Pembunuhan berleluasa - sudah terjadi. Cuba lihat berita setiap hari.. Pasti ada kes pembunuhan.
  29. Manusia berlumba2 untuk mendirikan bangunan pencakar langit - sudah terjadi.
  30. Lain2 yg tak disebut di sini.
Ini adalah antara tanda2 kecil berlakunya kiamat. Semuanya sudah pun terjadi. Tidakkah ini masih belum mencukupi untuk kita lebih mendekatkan diri kepada-Nya. Bertaubatlah sementara waktu masih ada. Allah maha pengampun, pengasih, penyayang. Masih belum terlambat.

Insya-Allah, di post akan datang, saya akan listkan tanda-tanda besar  kiamat pula.
*Mesej ini disampaikan untuk diri saya sendiri dan juga pembaca2 blog ini.

Wednesday, October 20, 2010

Loan Rumah.. Mana Yg Terbaik???

Baru-baru ni, semasa sesi pembentangan budget 2011, kerajaan Malaysia telah meluluskan pinjaman sebanyak 100% untuk pembelian rumah yg pertama. Mesti ramai yg suka kan.. Sebelum ni, sesiapa yg nak beli rumah, kena ada at least down payment sebanyak 10%. So, cuba lah bayangkan kalau harga rumah yg nak di beli tu RM 200,000, sekurang2nya kena ada RM 20,000 untuk downpayment. Sekarang ni, alhamdulillah... dah boleg beli rumah secara pinjaman 100%. Tak perlu lagi downpayment. Memang sesuatu yg sangat bagus. Tahukah anda apa kesannya?
  1. Permintaan rumah akan meningkat naik. Jadi, harga rumah pun akan dijangka naik jugak.
  2. Bila permintaan naik... harga naik... ini merangsangkan lagi pertumbuhan ekonomi Malaysia. Jadi, ekonomi akan nampak lebih pulih dari recession. Interest rate pun akan dijangka naik. 
Jadi, kepada sesiapa yg nak beli rumah tu, consider la untuk membuat pinjaman perumahan berasaskan bai' bithamin ajil. Ni konsep home financing secara Islamic. Kebanyakan Islamic bank ada menyediakan Islamic home financing ni. Kenapa perlu guna cara financing ni?
  1. Tak de unsur riba'. Anda tak akan membayar riba' (interest) kepada pihak bank. Jadi, anda terselamat dari membuat dosa yg besar tu (makan riba')
  2. Anda terselamat dari interest rate yg turun naik. Cuba lihat apa yg terjadi kepada bank2 di US pada tahun 2008 - 2009.. Banyak bank2 di sana yg bankrupt. Sebab apa? Subprime loan. Terlalu banyak sgt penduduk US yg membuat pinjaman perumahan. Jadi, bila ekonomi tgh naik, inflation pun datang. Kos pinjaman (interest rate) pun naik secara mendadak. Akhirnya, ramai yg tak dapat nak bayar balik pinjaman mereka. Bank tak dapat balik pulangan dari modal2 yg telah dilaburkan kpd pengguna2 yg membuat pinjaman loan. Tak de duit --- bankrupt. Bukan setakat bank yg bankrupt, individuals tu sendiri yg banyak bankrupt.
Jadi, kesimpulannya, Islam tu terlalu cantik untuk dilupakan. Setiap benda yg kita buat, perlulah fikir akan  kesannya dr perspective Islam. Dalam Islam, dah di ajar, jangan involve kan diri dgn riba'. Maksudnya, jangan makan riba', bagi riba', terima riba', dan sewaktu dengannya. Allah dah terang2 tunjukkan kesannya baru2 ni berkenaan dgn subprime loan tu. Sedar lah.. Marilah kita support Islamic banking.

Sunday, October 17, 2010

Dosa-Dosa Setiap Hari

Secara sedar atau tidak, kita seringkali melakukan dosa-dosa kecil atau besar. Kalau dibiarkan, melarat nanti. Perumpamaannya seperti tumor di dalam badan kita. Kalau tak dibuat apa-apa untuk membuang tumor tu, mesti melarat juga akhirnya. At the end, jadi barah. Ketika itu, mungkin amat sukar untuk diselamatkan. Jadi, marilah sama-sama kita merenung antara dosa-dosa yang selalu sangat kita lakukan setiap hari.
  • Buka aurat. Cuba check facebook/twitter/friendster dan seumpama dengannya. Ada tak anda upload gambar2 yg tak ditutup auratnya? Maksudnya: Tak pakai tudung… Kalau pakai tudung pun, pakai baju ketat.. mendedahkan aurat. Mungkin ada yang terkecil hati dengan post kali ini, tapi saya tetap nak tegur sebagai saudara se-Islam. Buanglah gambar2 tersebut. Bila mana seorang yg bukan muhrim melihat gambar anda, automatically anda akan dapat 1 dosa. Cuba bayangkan kalau sehari ada seorang yg tgk gambar tersebut. Dalam setahun je, anda dah dapat 365 dosa. Banyak tu! Baru setahun, kalau seumur hidup??? Renung2kan.. 
  • Mengumpat. Setiap hari, mesti kita akan berjumpa dgn org lain kan? Kawan sepejabat, kawan kat university, kolej, tempat2 awam, etc. Kadang2 tu, mesti ada termengata org lain tanpa disedari. Cubalah elakkan. Tak baik mengumpat. Bila mengumpat, macam makan daging saudara sendiri. Kalau jumpa kawan2 tu, lebih elok kita bercakap benda2 yg perlu sahaja. Kalau ada org mengumpat, kita diam je.. Kalau anda jenis yg berani, tegur la secara baik.
  • Memfitnah. Ni selalunya akan datang bersama dengan mengumpat tadi. Tgh sedap2 mengumpat, tiba2 datang idea utk tokok tambah. Apa hokum memfitnah?? Berdosa besar. Bukan kecik tau dosanya. Dalam Quran sendiri ada sebut: Fitnah itu lebih besar dosanya dr membunuh. Kat dunia ni, kalau ada org bunuh org, akan dihukum bunuh. Cuba bayangkan azab di akhirat nanti pada yg memfitnah org. Hukumannya mesti lebih teruk dr org yg bunuh org. Sedarlah..
  • Bergelumang dengan harta riba'. Ramai yg tak sedar akan dosa yg ni.. Cuba anda check loan2 / investment2 yg anda dah buat. Adakah di tempat yg halal? Maksudnya, adakah di bank2 atau pusat pelaburan yg patuh syariah? Jika ya, Alhamdulillah. Jika tidak, insaflah.. Kenapa?? Setiap hari, modal yg anda labor di kaunter bukan syariah akan menghasilkan interest income.. dalam erti kata lain… riba’ / wang haram. Sama jugak dgn loan. Loan yg dibuat di bank2 konvensional tu kan ada riba’. Bayaran yg anda bayar tu, anda sendiri telah setuju untuk membayar interest/riba’ ke pihak bank. Apa hukumnya? Dosa besar!! Dalam Quran ada disebut. “Wahai org2 beriman. Bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu adalah org2 yg beriman. Maka apabila kamu tidak meninggalkan sisa riba, maka ketahuilah bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu.” (Surah Al-Baqarah: 278 – 279). Cuba bayangkan, Allah declare perang pd org yg bergelumang dgn riba’. Macam mana plak dgn amalan org2 tersebut? Allah terima ke jika DIA sendiri dah declare perang?? Renung-renungkan…
  • Makan wang haram. Ni pun antara yg selalu kita lupa, especially pada mereka yg bekerja. Contoh: Kerja 6 jam je sehari. Sepatutnya 8 jam..Lagi 2 jam tu burned sebab masuk office lambat, balik awal, makan lama sgt, berborak2.. Gaji yg company bagi tu utk 8 jam sehari.. Tapi kerja 6 jam je.. Lagi 2 jam tu kira duit haram tau.. Jgn main2.. Saya dulu selalu gak buat macam ni.. Time makan, exend sampai 30 minit. Tapi, jom sama2 kita buang tabiat ni.. Jgn makan wang haram.. nanti hidup tak berkat. Percayalah…

Ada banyak lagi nak dikongsi.. Tapi tu la antara dosa2 yg selalu kita lakukan setiap hari. Bertaubatlah.. Masih ada masa untuk berubah. Sama2 kita mencari keredhaanNya.. RedhaNya adalah lebih penting dr segala-galanya..

Kufur Nikmat

Dala melakukan aktiviti seharian, tanpa kita sedari, kita kadang kala kufur akan nikmat Tuhan yg tak terkira banyaknya. Sebagai contoh:

Senario 1: "Asyik hujan je hari ni.. Macam mana kain nak kering?" Ni antara bebelan yang selalu kita dengar dari mulut perempuan. Jangan lupa, hujan itu adalah rahmat. Tanpa hujan, mana mungkin tumbuh-tumbuhan akan mengeluarkan hasilnya. Cuba tengok negara Afrika yg panas terik, kering kontang. Tanah tak subur.. Susah nak cari makan. Maka, bersyukurlah bila hujan turun di muka bumi ni..

Senario 2: Malaysia ni ada banyak parti politik. Majoriti ahli dalam parti2 tu adalah org Melayu, dan majoriti org Melayu adalah Islam. Dalam Islam, fitnah memfitnah itu haram hukumnya. Senario politik sekarang ni dah jadi macam medan fitnah memfitnah. Sampaikan kadang kala rakyat sendiri tak tahu mana yg betul, mana yg salah. Malaysia ni kan dah merdeka. Jangan rosakkan nikmat kemerdekaan kita ni dgn anasir2 fitnah yg jahat ni. Kan elok kalau saling bekerjasama. Kalau rasa tak puas hati, cakap baik2. Tengok negara lain yg tak merdeka. Teruk rakyat dibuatnya. Jadi, bersyukurlah. Jaga keamanan negara.

Senario 3: Ni banyak berlaku di kalangan org perempuan. Bila membeli pakaian, sentiasa nak ikut fesyen. Jadi, kadang kala, baju yg baru hanya pakai untuk 3-4 kali je. Lepas tu, mengomel nak beli baju baru.. Katanya dah tak de baju.. padahal nak beli baju baru yg ikut fesyen terkini. Bukannya tak boleh nak ikut fesyen. Tapi, jgn la membazir. Kufur nikmat namanya.. Kalau dah tak suka baju lama, derma lah kepada org2 miskin, anak yatim, etc.

Banyak lah lagi contoh org2 yg kufur nikmat ni.. Jadi, jgn la sesekali kita masuk di kalangan org2 yg kufur nikmat ni. Sentiasa bersyukur dgn apa yg ada.. Kita kan hamba Allah. Kita datang tanpa apa2 harta.. Kita pergi juga tanpa apa2 harta dunia.. cumalah kain putih shj. Segala yg kita dapat di dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata. Ingat tu sampai bila2.. Kenal siapa kita sebenarnya.

"Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung ni`mat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari nikmat Allah".(Surah Ibrahim : 34)

Saturday, October 16, 2010

Cara2 Berkesan untuk Kuruskan Badan

Semua org nak nampak cantik kan.. termasuklah saya..
Dulu, saya ni boleh la kata berisi sikit.. ala2 nak masuk ke tahap gemuk. Sjk dr tu, saya ni kira dah obses dgn semua produk2 yg boleh kuruskan badan. Kali ni, kita off topik jap.. Asyik bincang pasal agama je.. Jom kita bincang bab2 dunia plak.. Cara2 berkesan untuk kuruskan badan. Semua yg tertulis dlm blog ni pernah saya cuba..Jadi, sesape di luar sana tu yg tak de masa nak exercise, busy dgn kerja, boleh la cuba cara2 di bawah ni.. Setakat hari ni, boleh dikatakan berkesan jugak la..


  1. Minum jus mate 5. Sape xkenal jus mate 5. Kat Malaysia ni, produk ni antara produk yg paling lars especially utk org yg nak kuruskan badan. Harga sekotak RM 200 untuk bukan ahli. Utk yg jadi ahli, boleh dapat dalam RM 150 je. Berkesan ke x? Pada saya, memang berkesan... Tapi yg xsanggup nye tu, kena berdiet sakan kalau nak dpt result yg menakjubkan.. 2 bulan saya guna, dpt la turun dlm 5kg. Berbaloi la gak.. Tapi sekarang ni dah tak guna dah produk ni.. Reasons: Malas nak diet. Tak sanggup xmakan nasi dlm seminggu. 
  2. Minum RXLite. Ni pun lebih kurang macam jusmate 5 gak, tapi lebih sedap. Rasanya macam minum milo tanpa gula. Harga lebih murah. Dalam RM 143 dah dapat dh utk non-member.. sekotak. Berkesan ke x? Memang berkesan gak, tapi kesannya tak la ketara sgt mcm jus mate 5. Mungkin sebab saya ni jenis malas nak diet. Makan je.. Sekarang pun dah xamik dah minuman ni.
  3. Minum Hadi's NutriMeal. Minuman ni boleh la tahan.. Rasa macam oat, ditambah dgn perisa vanila. Sedap. Harga ni lebih murah, dalam RM 40 sekotak je.. Sekarang, saya masih minum minuman ni.. Bukannye utk maintain berat badan.. tapi utk menggantikan susu. nak dapat lebih kalsium. Saya ni jenis yg xsuka minum susu. So, eloklah minum ni.. Mmg berkesan. Minum, tak lapar.. Buat menggantikan makan malam.
  4. Minum Jus Epal dgn L-Karnitin keluaran Cosway. Minuman ni pun boleh tahan gak.. Masih lagi setia dgnnya. Elok utk bakar lemak2 terkumpul dlm badan. Keluaran Malaysia, diiktiraf halal oleh Jakim. Harga sebotol dalam RM 118. Tahan sebulan. Minum ni, mmg bagi byk sgt tenaga. Semua lemak2 terkumpul dijadikan tenaga. Segar je setiap hari.
  5. Pakai Sauna Pant. Yang ni antara paling best & efficient utk kuruskan badan. Harga dalam RM 70 sehelai. Pakai sauna pant ni mcm pakai seluar je.. selalu pakai setengah hari. Berpeluh2 rasanya. Elok la utk kuruskan perut n peha yg besar.. Byk sgt kesannya sejak guna seminggu yg lalu. Best! Ada member yg pakai ni, siap pakai utk jogging lagi.. Lagi cepat kesannya.
  6. Pakai Sauna Pant Nazcon. Sauna pant jenis ni kena guna elektrik. Harga dlm RM 99 kalau xsilap.. Ni pun berkesan gak. Seminggu buat 3 kali. Sekali pakai dlm 50 minit. Mmg panas. Sauna la katakan. Habis semua lemak2 dibakarnya..
  7. Pakai Slimming Gel dr Cosway (Bioglo Body-Lite Thermo Active Gel). Setiap hari pakai sekali je.. Harga dlm RM 59.. tapi mmg berbaloi. Panas je rasa bila pakai.. Saya selalu pakai sebelum pakai sauna pant. Utk slimming purpose, mmg amat disyorkan.
Semua cara2 ni setakat ni mmg berkesan.. Mmg berbaloi pada mereka yg obses utk kuruskan badan. Try la kalau xpercaya.