Sunday, October 17, 2010

Kufur Nikmat

Dala melakukan aktiviti seharian, tanpa kita sedari, kita kadang kala kufur akan nikmat Tuhan yg tak terkira banyaknya. Sebagai contoh:

Senario 1: "Asyik hujan je hari ni.. Macam mana kain nak kering?" Ni antara bebelan yang selalu kita dengar dari mulut perempuan. Jangan lupa, hujan itu adalah rahmat. Tanpa hujan, mana mungkin tumbuh-tumbuhan akan mengeluarkan hasilnya. Cuba tengok negara Afrika yg panas terik, kering kontang. Tanah tak subur.. Susah nak cari makan. Maka, bersyukurlah bila hujan turun di muka bumi ni..

Senario 2: Malaysia ni ada banyak parti politik. Majoriti ahli dalam parti2 tu adalah org Melayu, dan majoriti org Melayu adalah Islam. Dalam Islam, fitnah memfitnah itu haram hukumnya. Senario politik sekarang ni dah jadi macam medan fitnah memfitnah. Sampaikan kadang kala rakyat sendiri tak tahu mana yg betul, mana yg salah. Malaysia ni kan dah merdeka. Jangan rosakkan nikmat kemerdekaan kita ni dgn anasir2 fitnah yg jahat ni. Kan elok kalau saling bekerjasama. Kalau rasa tak puas hati, cakap baik2. Tengok negara lain yg tak merdeka. Teruk rakyat dibuatnya. Jadi, bersyukurlah. Jaga keamanan negara.

Senario 3: Ni banyak berlaku di kalangan org perempuan. Bila membeli pakaian, sentiasa nak ikut fesyen. Jadi, kadang kala, baju yg baru hanya pakai untuk 3-4 kali je. Lepas tu, mengomel nak beli baju baru.. Katanya dah tak de baju.. padahal nak beli baju baru yg ikut fesyen terkini. Bukannya tak boleh nak ikut fesyen. Tapi, jgn la membazir. Kufur nikmat namanya.. Kalau dah tak suka baju lama, derma lah kepada org2 miskin, anak yatim, etc.

Banyak lah lagi contoh org2 yg kufur nikmat ni.. Jadi, jgn la sesekali kita masuk di kalangan org2 yg kufur nikmat ni. Sentiasa bersyukur dgn apa yg ada.. Kita kan hamba Allah. Kita datang tanpa apa2 harta.. Kita pergi juga tanpa apa2 harta dunia.. cumalah kain putih shj. Segala yg kita dapat di dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata. Ingat tu sampai bila2.. Kenal siapa kita sebenarnya.

"Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung ni`mat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari nikmat Allah".(Surah Ibrahim : 34)

No comments:

Post a Comment