Sunday, October 17, 2010

Dosa-Dosa Setiap Hari

Secara sedar atau tidak, kita seringkali melakukan dosa-dosa kecil atau besar. Kalau dibiarkan, melarat nanti. Perumpamaannya seperti tumor di dalam badan kita. Kalau tak dibuat apa-apa untuk membuang tumor tu, mesti melarat juga akhirnya. At the end, jadi barah. Ketika itu, mungkin amat sukar untuk diselamatkan. Jadi, marilah sama-sama kita merenung antara dosa-dosa yang selalu sangat kita lakukan setiap hari.
  • Buka aurat. Cuba check facebook/twitter/friendster dan seumpama dengannya. Ada tak anda upload gambar2 yg tak ditutup auratnya? Maksudnya: Tak pakai tudung… Kalau pakai tudung pun, pakai baju ketat.. mendedahkan aurat. Mungkin ada yang terkecil hati dengan post kali ini, tapi saya tetap nak tegur sebagai saudara se-Islam. Buanglah gambar2 tersebut. Bila mana seorang yg bukan muhrim melihat gambar anda, automatically anda akan dapat 1 dosa. Cuba bayangkan kalau sehari ada seorang yg tgk gambar tersebut. Dalam setahun je, anda dah dapat 365 dosa. Banyak tu! Baru setahun, kalau seumur hidup??? Renung2kan.. 
  • Mengumpat. Setiap hari, mesti kita akan berjumpa dgn org lain kan? Kawan sepejabat, kawan kat university, kolej, tempat2 awam, etc. Kadang2 tu, mesti ada termengata org lain tanpa disedari. Cubalah elakkan. Tak baik mengumpat. Bila mengumpat, macam makan daging saudara sendiri. Kalau jumpa kawan2 tu, lebih elok kita bercakap benda2 yg perlu sahaja. Kalau ada org mengumpat, kita diam je.. Kalau anda jenis yg berani, tegur la secara baik.
  • Memfitnah. Ni selalunya akan datang bersama dengan mengumpat tadi. Tgh sedap2 mengumpat, tiba2 datang idea utk tokok tambah. Apa hokum memfitnah?? Berdosa besar. Bukan kecik tau dosanya. Dalam Quran sendiri ada sebut: Fitnah itu lebih besar dosanya dr membunuh. Kat dunia ni, kalau ada org bunuh org, akan dihukum bunuh. Cuba bayangkan azab di akhirat nanti pada yg memfitnah org. Hukumannya mesti lebih teruk dr org yg bunuh org. Sedarlah..
  • Bergelumang dengan harta riba'. Ramai yg tak sedar akan dosa yg ni.. Cuba anda check loan2 / investment2 yg anda dah buat. Adakah di tempat yg halal? Maksudnya, adakah di bank2 atau pusat pelaburan yg patuh syariah? Jika ya, Alhamdulillah. Jika tidak, insaflah.. Kenapa?? Setiap hari, modal yg anda labor di kaunter bukan syariah akan menghasilkan interest income.. dalam erti kata lain… riba’ / wang haram. Sama jugak dgn loan. Loan yg dibuat di bank2 konvensional tu kan ada riba’. Bayaran yg anda bayar tu, anda sendiri telah setuju untuk membayar interest/riba’ ke pihak bank. Apa hukumnya? Dosa besar!! Dalam Quran ada disebut. “Wahai org2 beriman. Bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu adalah org2 yg beriman. Maka apabila kamu tidak meninggalkan sisa riba, maka ketahuilah bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu.” (Surah Al-Baqarah: 278 – 279). Cuba bayangkan, Allah declare perang pd org yg bergelumang dgn riba’. Macam mana plak dgn amalan org2 tersebut? Allah terima ke jika DIA sendiri dah declare perang?? Renung-renungkan…
  • Makan wang haram. Ni pun antara yg selalu kita lupa, especially pada mereka yg bekerja. Contoh: Kerja 6 jam je sehari. Sepatutnya 8 jam..Lagi 2 jam tu burned sebab masuk office lambat, balik awal, makan lama sgt, berborak2.. Gaji yg company bagi tu utk 8 jam sehari.. Tapi kerja 6 jam je.. Lagi 2 jam tu kira duit haram tau.. Jgn main2.. Saya dulu selalu gak buat macam ni.. Time makan, exend sampai 30 minit. Tapi, jom sama2 kita buang tabiat ni.. Jgn makan wang haram.. nanti hidup tak berkat. Percayalah…

Ada banyak lagi nak dikongsi.. Tapi tu la antara dosa2 yg selalu kita lakukan setiap hari. Bertaubatlah.. Masih ada masa untuk berubah. Sama2 kita mencari keredhaanNya.. RedhaNya adalah lebih penting dr segala-galanya..

No comments:

Post a Comment