Wednesday, October 20, 2010

Loan Rumah.. Mana Yg Terbaik???

Baru-baru ni, semasa sesi pembentangan budget 2011, kerajaan Malaysia telah meluluskan pinjaman sebanyak 100% untuk pembelian rumah yg pertama. Mesti ramai yg suka kan.. Sebelum ni, sesiapa yg nak beli rumah, kena ada at least down payment sebanyak 10%. So, cuba lah bayangkan kalau harga rumah yg nak di beli tu RM 200,000, sekurang2nya kena ada RM 20,000 untuk downpayment. Sekarang ni, alhamdulillah... dah boleg beli rumah secara pinjaman 100%. Tak perlu lagi downpayment. Memang sesuatu yg sangat bagus. Tahukah anda apa kesannya?
  1. Permintaan rumah akan meningkat naik. Jadi, harga rumah pun akan dijangka naik jugak.
  2. Bila permintaan naik... harga naik... ini merangsangkan lagi pertumbuhan ekonomi Malaysia. Jadi, ekonomi akan nampak lebih pulih dari recession. Interest rate pun akan dijangka naik. 
Jadi, kepada sesiapa yg nak beli rumah tu, consider la untuk membuat pinjaman perumahan berasaskan bai' bithamin ajil. Ni konsep home financing secara Islamic. Kebanyakan Islamic bank ada menyediakan Islamic home financing ni. Kenapa perlu guna cara financing ni?
  1. Tak de unsur riba'. Anda tak akan membayar riba' (interest) kepada pihak bank. Jadi, anda terselamat dari membuat dosa yg besar tu (makan riba')
  2. Anda terselamat dari interest rate yg turun naik. Cuba lihat apa yg terjadi kepada bank2 di US pada tahun 2008 - 2009.. Banyak bank2 di sana yg bankrupt. Sebab apa? Subprime loan. Terlalu banyak sgt penduduk US yg membuat pinjaman perumahan. Jadi, bila ekonomi tgh naik, inflation pun datang. Kos pinjaman (interest rate) pun naik secara mendadak. Akhirnya, ramai yg tak dapat nak bayar balik pinjaman mereka. Bank tak dapat balik pulangan dari modal2 yg telah dilaburkan kpd pengguna2 yg membuat pinjaman loan. Tak de duit --- bankrupt. Bukan setakat bank yg bankrupt, individuals tu sendiri yg banyak bankrupt.
Jadi, kesimpulannya, Islam tu terlalu cantik untuk dilupakan. Setiap benda yg kita buat, perlulah fikir akan  kesannya dr perspective Islam. Dalam Islam, dah di ajar, jangan involve kan diri dgn riba'. Maksudnya, jangan makan riba', bagi riba', terima riba', dan sewaktu dengannya. Allah dah terang2 tunjukkan kesannya baru2 ni berkenaan dgn subprime loan tu. Sedar lah.. Marilah kita support Islamic banking.

No comments:

Post a Comment