Sunday, October 24, 2010

Tanda-Tanda Kecil Kiamat

Saya yakin ramai rakyat Malaysia yang telah menonton filem 2012. Pada yang belum berkesempatan untuk tonton movie ni, bolehlah mengadap channel HBO pada hari ahad ini, jam 9 malam (kalau tak silap la)... Apa-apa pun, filem tu ada kaitan tentang hari kiamat.

Jika dilihat dari perspektif Islam, ada banyak hadith berkenaan dgn hari kiamat ini. Secara amnya, kebanyakan hadith2 tersebut mengatakan tentang tanda2 kiamat. Antaran tanda2 kecil:
  1. Baitulmaqdis ditakluk - sudah terjadi. Yahudi Zionis menakluk Baitulmaqdis di Palestin.
  2. Zina berleluasa - sudah terjadi. Berapa byk kes buang bayi di negara ini? Kenapa ia terjadi? Semestinya kerana zina.
  3. Pemimpin terdiri dari org yg jahil dan fasik - sudah terjadi. Lihat sendiri di Malaysia. Pemimpin2 yg beragama Islam bersalam-salaman dgn yg bukan muhrim, menghalalkan yg haram, dan sebagainya. Pemimpin yg benar2 mengamalkan ajaran Islam tidak diterima.. kononnya berfikiran kolot.
  4. Muzik dan penyanyi wanita bermaharajalela -  sudah terjadi. Cuba kira berapa ramai penyanyi wanita di Malaysia ni? Terlalu banyak. Cuba lihat trend siaran tv. Siaran yg bermotifkan nyanyian terlalu banyak (AF, Idola Kecil, Malaysian Idol, etc). 
  5. Masjid didirikan untuk bermegah2 - sudah terjadi. Lihat masjid2 yg ada di Malaysia, terutamanya yg baru sahaja dibina. Kos binaan berjuta-juta. Jarak dari masjid yg sedia ada dgn masjid yg baru dibina agak dekat. Kenapa nak bina lagi? Untuk bermegah2.. Berapa ramai org yg mengimarahkan masjid2 tersebut??
  6. Memutuskan hubungan silaturrahim - sudah terjadi. Sekarang ni, banyak kes dimana anak menyaman bapa / ibu sendiri... suami menyaman isteri sendiri... hubungan silaturrahim pun terputus akibat dendam, kesumat, etc.
  7. Ramai org soleh meninggal dunia - sudah terjadi. Ramai alim ulama' tersohor sudah pun pergi meninggalkan kita.
  8. Dunia dikuasai oleh org yg bodoh dan hina - sudah terjadi.
  9. Ucapan salam hanya untuk org yg dikenali sahaja - sudah terjadi. Adakah kita memberi salam kpd org yg tak dikenali? Tanyalah diri..
  10. Wanita berpakaian, tetapi seperti telanjang - sudah terjadi. Pakaian ketat, terbelah sana sini.. Macam tak cukup kain.
  11. Bulan sabit nampak besar - sudah terjadi. Sesekali, cuba anda lihat bulan sabit...
  12. Banyak berita2 yg dusta dan tidak tepat - sudah terjadi. Amat banyak sekali berlaku di arena politik Malaysia.
  13. Banyak saksi palsu - sudah terjadi. Kes2 besar di Malaysia, disyaki banyak menggunakan saksi palsu untuk menutup kesalahan segelintir manusia.
  14. Ramai org yg berbohong - sudah terjadi.
  15. Waktu terasa berjalan dgn amat pantas - sudah terjadi.
  16. Trend mewarna rambut berleluasa - sudah terjadi.
  17. Rasuah berleluasa - sudah terjadi.
  18. Hubungan dgn org yg rapat diputuskan, dan hubungan dgn org yg tak dikenali dirapatkan - sudah terjadi. Banyak kes di mana seseorang lari ke negara jiran untuk berkahwin dgn org yg tak berapa dikenali. Org yg rapat ditinggalkan tanpa sebarang berita.
  19. Homoseksual - sudah terjadi.
  20. Lahirnya anak luar nikah - sudah terjadi.
  21. Zakat dijadikan hutang - sudah terjadi. Brp ramai org Malaysia yang tidak membayar zakat? Terlalu ramai.
  22. Suara2 tinggi di masjid - sudah terjadi.
  23. Arak diminum seperti minuman biasa - sudah terjadi. Pergilah ke kelab2 malam, pub, etc. Belambak2 arak yg diminum oleh org Islam sendiri.
  24. Lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu, tetapi kerana kemerduan suara - sudah terjadi.
  25. Jawatan dijual beli (politik wang) - sudah terjadi. Cuba teliti waktu2 pilihanraya.. banyak sungguh kes sebegini akan berlaku.
  26. Umat Islam hidup dlm kemewahan dan kemanjaan - sudah terjadi. Ramai umat Islam yg kaya raya, sehingga lupa asal usul diri.
  27. Gempa bumi - sudah terjadi. Terlalu byk gempa bumi berlaku di serata dunia.
  28. Pembunuhan berleluasa - sudah terjadi. Cuba lihat berita setiap hari.. Pasti ada kes pembunuhan.
  29. Manusia berlumba2 untuk mendirikan bangunan pencakar langit - sudah terjadi.
  30. Lain2 yg tak disebut di sini.
Ini adalah antara tanda2 kecil berlakunya kiamat. Semuanya sudah pun terjadi. Tidakkah ini masih belum mencukupi untuk kita lebih mendekatkan diri kepada-Nya. Bertaubatlah sementara waktu masih ada. Allah maha pengampun, pengasih, penyayang. Masih belum terlambat.

Insya-Allah, di post akan datang, saya akan listkan tanda-tanda besar  kiamat pula.
*Mesej ini disampaikan untuk diri saya sendiri dan juga pembaca2 blog ini.

No comments:

Post a Comment