Saturday, October 16, 2010

Cara2 Berkesan untuk Kuruskan Badan

Semua org nak nampak cantik kan.. termasuklah saya..
Dulu, saya ni boleh la kata berisi sikit.. ala2 nak masuk ke tahap gemuk. Sjk dr tu, saya ni kira dah obses dgn semua produk2 yg boleh kuruskan badan. Kali ni, kita off topik jap.. Asyik bincang pasal agama je.. Jom kita bincang bab2 dunia plak.. Cara2 berkesan untuk kuruskan badan. Semua yg tertulis dlm blog ni pernah saya cuba..Jadi, sesape di luar sana tu yg tak de masa nak exercise, busy dgn kerja, boleh la cuba cara2 di bawah ni.. Setakat hari ni, boleh dikatakan berkesan jugak la..


  1. Minum jus mate 5. Sape xkenal jus mate 5. Kat Malaysia ni, produk ni antara produk yg paling lars especially utk org yg nak kuruskan badan. Harga sekotak RM 200 untuk bukan ahli. Utk yg jadi ahli, boleh dapat dalam RM 150 je. Berkesan ke x? Pada saya, memang berkesan... Tapi yg xsanggup nye tu, kena berdiet sakan kalau nak dpt result yg menakjubkan.. 2 bulan saya guna, dpt la turun dlm 5kg. Berbaloi la gak.. Tapi sekarang ni dah tak guna dah produk ni.. Reasons: Malas nak diet. Tak sanggup xmakan nasi dlm seminggu. 
  2. Minum RXLite. Ni pun lebih kurang macam jusmate 5 gak, tapi lebih sedap. Rasanya macam minum milo tanpa gula. Harga lebih murah. Dalam RM 143 dah dapat dh utk non-member.. sekotak. Berkesan ke x? Memang berkesan gak, tapi kesannya tak la ketara sgt mcm jus mate 5. Mungkin sebab saya ni jenis malas nak diet. Makan je.. Sekarang pun dah xamik dah minuman ni.
  3. Minum Hadi's NutriMeal. Minuman ni boleh la tahan.. Rasa macam oat, ditambah dgn perisa vanila. Sedap. Harga ni lebih murah, dalam RM 40 sekotak je.. Sekarang, saya masih minum minuman ni.. Bukannye utk maintain berat badan.. tapi utk menggantikan susu. nak dapat lebih kalsium. Saya ni jenis yg xsuka minum susu. So, eloklah minum ni.. Mmg berkesan. Minum, tak lapar.. Buat menggantikan makan malam.
  4. Minum Jus Epal dgn L-Karnitin keluaran Cosway. Minuman ni pun boleh tahan gak.. Masih lagi setia dgnnya. Elok utk bakar lemak2 terkumpul dlm badan. Keluaran Malaysia, diiktiraf halal oleh Jakim. Harga sebotol dalam RM 118. Tahan sebulan. Minum ni, mmg bagi byk sgt tenaga. Semua lemak2 terkumpul dijadikan tenaga. Segar je setiap hari.
  5. Pakai Sauna Pant. Yang ni antara paling best & efficient utk kuruskan badan. Harga dalam RM 70 sehelai. Pakai sauna pant ni mcm pakai seluar je.. selalu pakai setengah hari. Berpeluh2 rasanya. Elok la utk kuruskan perut n peha yg besar.. Byk sgt kesannya sejak guna seminggu yg lalu. Best! Ada member yg pakai ni, siap pakai utk jogging lagi.. Lagi cepat kesannya.
  6. Pakai Sauna Pant Nazcon. Sauna pant jenis ni kena guna elektrik. Harga dlm RM 99 kalau xsilap.. Ni pun berkesan gak. Seminggu buat 3 kali. Sekali pakai dlm 50 minit. Mmg panas. Sauna la katakan. Habis semua lemak2 dibakarnya..
  7. Pakai Slimming Gel dr Cosway (Bioglo Body-Lite Thermo Active Gel). Setiap hari pakai sekali je.. Harga dlm RM 59.. tapi mmg berbaloi. Panas je rasa bila pakai.. Saya selalu pakai sebelum pakai sauna pant. Utk slimming purpose, mmg amat disyorkan.
Semua cara2 ni setakat ni mmg berkesan.. Mmg berbaloi pada mereka yg obses utk kuruskan badan. Try la kalau xpercaya.

No comments:

Post a Comment