Thursday, October 14, 2010

Zodiak, Tilik Nasib & Seumpama Dengannya

Masa saya kecil2 dulu, suka sangat beli majalah / suratkhabar yg ada analisis zodiak ni.. Saja suka2..
Lepas tu plak, bila ada seorang hamba Allah ni yg buat analisis berkenaan dengan tarikh lahir, lagi la saya suka membeleknya.. Contohnya: Saya yg lahir bulan November ada bakat2 seperti ..... Bukan main seronok lagi..

Sekarang ni, hampir semua org ada facebook. Byk application yg berkaitan dgn tilik nasib ni ada di facebook. Masalahnya sekarang: Adakah boleh dipercayai? Dan jika seseorang tu percaya dengan result tu, apakah hukumnya dlm Islam??

Saya ni bukanlah seorang yg alim sgt.. Berkelulusan bukan dr bidang agama.. tapi saya rasa terpanggil untuk membincangkan hal ni.. lebih2 lagi ramai dikalangan org Melayu kita yg suke dgn benda2 camni..

Saya yakin, hampir semua org Islam tahu bahawa sumber yg paling tepat utk dirujuk adalah Al-Quran dan As-Sunnah. Jom kita tengok apa yg Quran dan Sunnah kata berkenaan dgn hal ni:

"Katakanlah! Tidak ada yang dapat mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah" (An-Naml: 65)

"Barangsiapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia membenarkan apa yang bomoh itu katakan, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari" (Hadith Riwayat Muslim)

Kalau ikut panduan2 di atas, dh terang lagi nyata bahawa tilik nasib guna tarikh lahir dan sebagainya tu semuanya xdibenarkan dlm Islam. Sampaikan sesiapa yg percaya pada result tilikan tu tak diterima solatnya selama 40 hari... Kita mempercayai selain dr Allah.. Kufur namanya.. Nauzubillah!

Cuba bayangkan kalau Allah tarik nyawa kita dlm masa 40 hari tu?? Apa nasib kita di sana nanti? Nauzubillah.. Jadi, sahabat2 sekalian, jgn la percaya pada zodiak, tilik nasib, bomoh n sebagainya.. Kalau nak guna application facebook tu, hati-hatilah.. Jgn sampai merosakkan akidah..

Ayah saya selalu berpesan pada saya:
"Sebelum menunaikan solat, jgn lupa istighfar 3 kali, renew syahadah, dan selawat kpd Nabi Muhammad s.a.w."

Jom sama2 kita amalkan ni.. sbb kadang2 secara xsedar, kita dh kufur kepadaNya..  disebabkan hal2 di atas dan seumpama dengannya.. Takut tak diterima amalan2 kita.. Jadi, elok la renew syahadah & banyakkan selawat. Semoga mendapat keredhaan Allah dan syafaat Nabi di sana nanti.. Amin..

No comments:

Post a Comment