Wednesday, October 13, 2010

Dunia yg Menipu...

Selalunya, bila kita berjumpa dengan kawan lama, antara soalan2 yg selalu terkeluar dgn sendirinya dr mulut ni ialah : "Sekarang tengah buat apa? Kerja ke? Kerja kat mana? Macam mana life sekarang?"

Jawapan yg selalu kita dengar: "Sekarang kerja kat syarikat .... sebagai manager/exec/etc..." Kemudian, timbul pula soalan berkenaan dengan gaji, pasangan hidup, tinggal kat mana, dan sebagainya.. Secara sedar atau pun tidak, kita selalu berbangga dengan apa yg kita dah kecapi selama ni.. Selalu juga membandingkan antara satu sama lain..dari hal kerjaya, pendapatan, rumah, kereta, suami, isteri dan sebagainya...

Sedarkah kita bahawa semua tu hanyalah pinjaman semata2.. Sampai masanya, semuanya akan hilang mcm tu je.. Duit yg ade banyak dalam bank, kereta, rumah, harta, tanah pusaka, etc.. semuanya akan tinggal begitu sahaja bile sampai ajal kita. xde apa2 yg dibawa pergi bersama ke alam barzakh, melainkan amal ibadah yg kita lakukan di dunia.

Semua yg kita miliki di dunia ini adalah pinjaman semata2.. bukan hak milik kita.. tapi DIA.. ALLAH...
Memang kita berusaha untuk dapatkan semua yg kita miliki.. tapi pemberian tersebut datangnya dr DIA. Jangan sesekali ego, bongkak, sombong, riya' dgn apa yg kita ada. Itu semua adalah ujian semata-mata. Jangan terpedaya dengan tipu daya dunia..

Sama juga dengan pangkat, darjat yg kita kecapi.. seorang doktor, professor, peguam, engineer, menteri, dan sebagainya.. semuanya tak bermakna apa2 pada ALLAH sekiranya kita lalai mengingati dan mensyukuri nikmatNya.

Ingatlah.. orang yg tak sehebat mana di dunia ini, mungkin lebih hebat darjatnya di sisi ALLAH berbanding org yg gah di dunia dengan pangkat dan hartanya..

Posting ini ditujukan kepada diri saya juga, yg kadang kala alpa dgn dunia yg amat menipu ini...
Semoga semuanya beroleh kebaikan...

No comments:

Post a Comment