Tuesday, October 12, 2010

Kematian - Sesuatu yang Pasti...

Hari ini, bersamaan dengan 13 Oktober 2010, selepas subuh, saya dikejutkan dengan satu berita kematian bapa saudara saya akibat sakit jantung. Baru je lepas melawat allahyarham hari sabtu yang lepas. Nampak sihat, ceria, suka berseloroh macam dahulu...

Berita tersebut memang mengejutkan. Kadang2 kita selalu alpa dgn dunia. Rutin harian penuh dgn hal2 dunia.. Sibuk mencari rezeki hampir 9jam sehari... Tidur pula antara 5 - 7 jam sehari. Baki masa yg tinggal dihabiskan dgn keluarga, tengok tv, makan angin, etc.. Berapa banyak sangat lah masa yg diperuntukkan untuk beribadat kepadaNya.. Kalau nak diikutkan, insan biasa solat 5 kali sehari.. xsampai sejam pun mengingatiNya. Itupun, entah paham ke tidak dengan bacaan2 dlm solat tersebut. Bila teringatkan balik, terasa hina sangat diri ini.. DIA bagi macam2... dari jasad yg sempurna, ilmu, rezeki yg melimpah ruah, keluarga yg baik2, kawan2, sifat2 yg dianugerahkanNya... & banyak lagi.. Tapi kita manusia kadang2 lupa utk mensyukuri semua tu... Saya pernah bertanya diri saya soalan2 ni... sampai sekarang xde jawapan lagi... Hanya DIA sahaja yg tahu...
  • Ibadat yg dilakukan... adakah DIA terima? Banyak sgt cacat celanya...Bukan setakat ibadat tu sendiri. Kita seringkali ingkar arahanNya... Xtutup aurat, couple, riya', bongkak, etc...
  • Pernahkah kita benar2 mensyukuri nikmatNya? Kalau ye, kenapa masih xpernah rasa cukup!
  • Adakah kita akan mendapat redha and rahmayNYA di sana nanti.. dengan apa yg kita dh buat di dunia???
  • Banyak lagi soalan2 yg tak terjawab...
Ya ALLAH, kami semua tak layak masuk ke syurgaMu jika nak dibandingkan dengan amalan2 kami yg amatlah sedikit jika nak dibandingkan dengan dosa2 yg telah kami lakukan. Tapi janganlah KAU murka kami Ya ALLAH. Ampunkan lah dosa2 kami, kurniakanlah rahmat dan kasih sayangMu kepada kami semua.. Matikanlah kami dalam keadaan beriman kepadaMu Ya ALLAH...
Masukkan lah kami ke dalam syurgaMu Ya ALLAH...
Amin ya rabbal alamin...

No comments:

Post a Comment