Tuesday, October 12, 2010

Wahai Kaum Hawa...

Pada hari raya eid' fitri yang lalu, saya ada menerima pelawaan sahabat lama saya. Lama dah tak jumpa, sejak habis zaman universiti dulu kat UIAM Gombak. Tapi sayang... dulu dia bertudung, tapi sekarang ni, dah hilang tudungnye.. Bile keluar bekerja, boleh pulak pakai tudung. Comel je.. Tapi bila kat luar, pergi kenduri, pergi beraya, shopping, etc.. hilang la plak tudung tu di kepala..

Sama jugak kisahnya dengan kisah saya berjumpa dgn sepupu yg baru balik dr UK. Dulu, elok je bertudung. Tapi sekarang, dah xbertudung dah.. Pakai tudung hanya bile time raya, ziarah rumah org mati, dan sewaktu dengannya.. Pakaian pulak ketat.. menjolok mata.

Banyak lagi kisah2 yg seumpama dengannya pasal kaum hawa ni.. Kenapa la tak pakai tudung. Ade jugak saya cuba tanya.. Antara jawapannya: "Panas la kak.. sekarang ni Malaysia panas sgt". Ada jugak yg jawab: "Ala, xlawa la pakai tudung. Bila bukak tudung, ramai puji lawa.. sebab tu dah malas nak pakai tudung"... Dan yg paling tak tahan telinga ni nak dengar, bile ada org yg jawab: "U ni bagus sangat ke nak suruh org lain pakai tudung? Org yg pakai tudung pun tak tentu lagi Tuhan nak terima amalannya"...

Untuk membalas kata2 mereka, ni antara jawapan ikhlas saya...
"Dik, kat Malaysia ni mmg tgh musim panas. Tapi tau tak, kat padang mahsyar tu nanti, lagi panas. Matahari sejengkal je dari kepala."
"Buat apa nak pk lawa pada mata manusia. Lebih baik pk lawa tak kita pada mata ALLAH. Itu yg lebih penting."
"Memang la I ni tak bagus. Byk buat dosa. I mengaku tu... Tapi I cuba untuk xbuat lebih byk dosa.. Tapi kalau u dh tahu buka aurat tu berdosa, kenapa u buat? U xtakut ke Allah xterima amalan U?".

Jadi, kepada kaum hawa sekalian, sedarlah... Masih belum terlambat untuk berubah. Jgn tunggu tua, baru nak bertaubat. Sekarang ni, byk gak org muda yg dh pergi dulu.. Ingat tu..

No comments:

Post a Comment